www.bun-thinkhabitz.com

CHAIYO’..!!!CHAIYO’..!!! Outdoor-Indoor-Recreation..

Camping Sungai Chiling (siri 4)

pas jer trun dr air terjun..fuh!! lega rase ye..pnat 2 tp sonok..tanpe m’buang mase kitorg g lokasi yg seterus(base kem)..disini lah tmpt kitorg b’kemping & b’madu asmara..hahaha..tp cam biase lah smpi je kt tapak msti kene check dulu tmpt 2 sesuai ke tuk pacak khemah kene tgk gak dgn keadaan sumber air, jauh ke x..

[Read the rest of this entry...]

Sesaat bersamaku di Jom Heboh(Bkt.Jalil)

pada satu hari bulan jun dua ribu lapan(maklum la pas gaji).. kitorg g JOM HEBOH..fulamak best 2..tp serabut..sesak..cam2 jns org aku jmpe..tp sblm g jom heboh kitorg g kenduri kawen kat JENJAROM..majlis p’kahwinan alil.. Alil Selamat Pengantin Baru dr kumpulan Bunthinkhabitz(BH)..semoga b’kekelan hgga ke anak cucu..Sempat gak la berposing maut ngn pengantin.. tuk kenangan ari mendatang..

[Read the rest of this entry...]

Jom Daftar Streamyx Sekarang

Sudahkan anda bersedia? Daftar Streamyx anda sekarang. Ya, Exhibition Streamyx kembali dengan bermacam-macam lagi promosi hebat untuk anda dan seisi keluarga! semuanya di gerai Streamyx kami, aktiviti yang anda lakukan pastinya akan menggembirakan! luangkan masa anda bersama Streamxy.

[Read the rest of this entry...]

Sudah Terlewat..

Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.kucing

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

ular Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”, langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat… Aku telah lama kelakar, hari ini kamu ketawakan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?

Syed Mokhtar - Tokoh Maal Hijrah 1429

Latar belakang Syed Mokhtarsyed mokhtar

- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan - RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen
untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk
Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang
tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya
sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau
menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang
malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan
pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada
masa di bawah.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak
mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu
berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak
mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau
ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina
kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu
kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada
kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju
kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya
belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu
kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan
dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang
saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa
lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa.
Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik,
di bandar berpecah kerana ini (wang).

Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang
saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur
kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan.

Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah
adalah tugas seharian.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi
sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu
pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita
dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih,
tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara
ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai

Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya
terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air,
ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir
kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau
saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan)
apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama.
Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kepada anak-anak ibu….. dan kawan-kawan ku sekalian……

” Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala
balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

Camping di Sungai Chiling (siri 3)

pengembara

Kami memulakan p’jlnan dgn langkah kanan disertakan bacaan doa tuk m’elak drpd sebrngan kemungkinan yg m’dtng..Cuaca pd pagi tu sgt baik.. :) tuk smpi di air terjun,wajib m’yeberangi 6 batang sungai yg air ye agak deras gak time 2..tp sblm nek kene daftar dulu nama kat Jabatan Pendaftaran..hehe xdela smpi kat situ cume kat guard je..P’jlnan memakan masa 1 jam gak la sbb bnyk rehat smbl menikmati keindahan alam semulajadi.. wlpn bdn agak letih sbb penat smlm pn blom ilang ttp semangat juang yg tggi dan keinginan yg m’dlm p’jlnan harus diteruskan..Sungai Chiling Pd sg. yg ketiga aku pnye semangat cam nk ilang gak la sbb time melintas kat sg. 2 selipar aku tercabut la plak dan dihanyutkan oleh air yg deras(yela aku cume bwk selipar je kasut xbwk bley plak kene hanyut..) ? nsb bek ade hero-hero yg aku bwk time 2 berguna gak(aku br tau yg dieorg time 2 berguna gak kat aku) Nor ngan Bad b’jaya gak m’yelamatkan selipar aku drpd trs d’hanyutkan.. (trime acih yee) ?. Sesampai je kat air terjun perasaan sgt gumbira xterkate(sume snyp je time2,maybe “berak yek”). Tanpe m’buang masa,say cheese lbey krng, ltk beg kt tmpt yg sepatutye..br nk g terjun ni,kene tiup pelampong la plak.. aduih ssh 2 pd awal ye(amatur lg). mandi sakan kat sane, lnsg x hiraukan org sekeliling cam(batak)x prnh jmpe air je..(maklumla x mandi lg dr pg). Agak2 sume da kecut,perut pn da lapar br t’igat kat darat.. Kiteorg makan, makanan yg ajit msk pg td nasi putih b’lauk telur masak kicap(bley la setakat isi perut)hahah.. :P keciantime 2 ramai gak yg dtg situ tp bnyk org Cina la..sume da kenyang ni, tp adela makluk Tuhan sorang ni rupe-rupenye xkenyang lg, nsb bek de bwk bekalan ari tua, Maggi p’yelamat..msk punye la msk,asap jgn ckp la pnye la bnyk hmpr I jam lbey gak la xmsk2 lg..kecian..kecian.. niat dieorg baik,cume nk msk maggi je tp nsb dieorg agak malang gak la time 2 sbb guider nek nk uhsa line..Kantoi la plak..(mane la nk taruk muke yg cun ni)..rupe2nye x bley nyalakan api kat situ..diharamkan leh gak kene denda 2.. yg kelakar ye masukkan mee maggi time api da padam..hahahahaha..gelak la..gelak la..hahahahaha…. mane la nk lmbt mee 2..tp aku tgk dieorg mkn gak..(sbb xbek tau m’bazir)..maybe mmg btl2 lapar kot..
Disbbkan Air Terjun yg indah lg menawan..kiteorg xpuas mandi lg sbnr ye td..kiteorg xnk lpskan peluang yg terhidang sblm blk kitorg mandi kaw..kaw.. pnye(baik pnye)..”sambil m’halakan ibu jari pada kamera” mcm-mcm aksi kiteorg wat tau smpi ade yg cram(“kejang” cam sate kajang gak la rase ye bile da kena)..
Jam ditangan menujukan hmpr2 kul 4 gak..sblm cuaca gelap kiteorg kene la blk dulu..2 pn xphm2.. nk C fazlan 2 bising2..sbb lum pacak khemah lg..nk setting mkn mlm lg..bnyk bende tau sbnrye nk kena wat..

Jgn lupe tggu siri 4 plak yee…? Banyak lg cite2 lucu akan didedahkan.. tunggguuuu….. Kite tgk sape yg kene…..

Balasan Dunia..

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.Mekah

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”Masjid

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

Berdoa

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu:
“Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”

sama-samalah kite renungkan.. Setiap kate-kate adalah doa..

Camping di sg.chiling (siri 2)

Pagi tu kitorang da bgun seawal 6 pagi.sebb anjing tu la kitorang bgun.haha.tp member kitorang y sorang ni.memang bgun lambat tiap2 pg.huhu.(korang pon msti da tau saper punyer.. :) tugasan pertama kitorang pg tuh..cam biaser r.MARI MEMASAK…!!!

Memasak

acara memasak

Cheff kitorang y slaloo kena masak tuk kitorang, AJIB la.die ni kitorang lantik sbb dier bawa awek die.haha.semestinya dier kena tunjukkn kepakaran menanak nasi.Pagi tu, INDRA ngn KEY(NORAZIZAN) wat menu roti telor ngan Sosej.ni la bekalan usus perut kitorg nak pg nek kat air terjun jap g.jauh wooo..(kate fuad sambil menggaru kpla yg x gatal).acara memasak ni kitorang wat kat tepi jlan jew.kat celah2 keter savvy,kancil ngan van.haa..,korang byangkan camner tuh.tp demi semangat memasak y lahir dr dri kitorg sumer..acara memasak diteruskan jua..Memasak

agak2 dlm kul 9 r lebih kurang..masing2 da kenyang.da pueh isap rokok.kitorang pon da stndby ngan mkanan bungkus nak bawa nek pi air terjun.(stock isi perot bile da huhahuha men air kang.kompem lapar..)langkah dimulakan..lets go on..!

R&R pantai kelanang

aktiviti hujung mggu kiteorg arini pada mula ye agak bosan gak sbb aku(lan) ngn ajid t’kurung dalam umah jah(hamzah) cam dlm “jail” la plak.. tp sblm 2 kiteorg g umah kenduri kahwin member nor kat Olak Lempit. 1st time kiteorg blk tangan kosong sbb nor la xnk jmpe pengantin ye..(ajid yg kate).

pastu lak fazlan leh plak g dating, tgglkan member..”penting sgt ke”.. nor plak hal sibuk ngn kete die pasang aerial ngn indra dr tgh ari smpi ptg.. b’janggut aku tggu kat umah jah.. jah plak leh kuar pas aku ngn ajid dtg umah die.. heran.. heran.. arini jah gunting rambut ikut catalog,jambang nipis cam benggali jual murtabak..hahaha.. tanpa disedari asril plak muncul.. enta sape yg ajak enta.. aku plak xblk2 lg dr tgh ari aku kuar..aku da lengit da ni…..hahahaha….

lepas nor dtg mulalah sume menggelabah nak kua lah apa lah..ntah ape2 ntah…(padan muka dorang….)pkol 7 lebih kurg kitorg kuar g kelangang dengan menaiki kancil mira limited L512 L200 ngan kancil convert bodykit skyline kitorg menuju ke pantai kelanang dengan 3 keta ngan 3 kapel-jah love lan,fazlan love asril…hahaha….kitorg gebang lebih kurang gelak2 je…..(paham x???aku pon tak paham…hahaha)…

sesudah sampai di klanang…kami mencari parking v.i.p di sana…. paking pon tah pape tah…. jah mulalah paking jaoh2 da takot da….kitorang rilex je….pastu terrrrjumpa la pulak dak kampung sg lang…salam la…wat syarat huahuahua…da mgrb tapi masih kat klanang lg… da makan lebih kurang ada lg yang tembolok…tau tak pe tembolok???tak tau kan….tembolok is a tembok jolok hahaha… lebih kurang macam kuat makan la..aku tak tembolok tau…..aku sopan aje…(padahal tembolok gak) da kenyang mulalah sume mcm isap dadih….bukan dadah tau…tergelak sana tergelak cni…magrb2 pon gelak macam pisang busuk…

da malam da….balikkk…..balik pon bkn balik uma sendiri…balik g umah jah lagi..tah pape tah..termasuk aku…sbb tu lah dr td aku tak jumpa umah aku lagi…wat ever…skg ni kitorng kat umah jah lagi…jah ngan fazlan tgh men ps2..lawan bola…aku je mngadap komputer ni dr td… tapi takpelah…nak wat mende ni kan…dengan muka yg bengis kitorang menunggu ndra dr tadi..katanya 10 minint…tp 10 minint kali brp tah..tak tau la aku….takpelah….dia pon da dtg…macm pisang ijau2 coklat da….haa….woiii….baguih arr….hahahaha…..