Festival Belia Unggul 2009
Hari ni saya ingin mempromosi satu Festival yang akan diadakan pada 1 Mac 2009, bertempat di PULAPES Jugra, Banting Kuala Langat. Festival ini dianjurkan oleh Kelab Belia Unggul Kanchong Darat, dengan penaja bersama gloKAL Industries Sdn Bhd(Pengusaha Makanan dan Minuman yang terkenal di Banting dan kawasan sekitarnya). Selain itu, Festival ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, IPD Kuala Langat, Rakan Muda, MAYC Kuala Langat, Pejabat Daerah Kuala Langat, AADK Kuala Langat, Microssix Resources, Belia Benci Dadah, dan juga Kelab Rekreasi BunthinkHabitz.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki, Belia Niaga, Pameran Anti Dadah, Pameran Cegah Jenayah dan Keselamatan Jalanraya, aktiviti bertali(wall climbing), Paintball, Mini Bike, Adventure game dan Playstation. Untuk pengetahuan anda, Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki tersebut merupakan acara utama yang akan diadakan dalam Festival Belia Unggul ini, di mana jumlah penyertaan sebanyak 64 pasukan akan dibuka(tarikh tutup penyertaan pada 21hb Feb sebelum jam 12 malam).
Kejohanan Futsal ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak;
Johan: RM 3000.00 beserta piala pusingan + piala iringan + medal
Naib johan: RM 2000.00 beserta medal
Ketiga dan keempat: RM 800.00
Kelima hingga kelapan: RM 400.00
Bagaimana? Lumayan tak? Silap-silap kalau bajet lebih, sijil pun boleh dapat…
Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 150.00 untuk setiap pasukan, bayaran boleh dibuat melalui akaun bank ini;
Maybank
Badrul Hisam bin Aman Shah - 162058736012
Selepas pembayaran dibuat, sila fakskan borang penyertaan dan slip bayaran anda ke no ini 03-31801043 (atas nama En. Hendra).
sila download borang penyertaan di sini.
Borang penyertaan Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki 2009
Penyertaan Futsal adalah terbuka kepada semua lelaki. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Badrul-012 6758258, En. Fazlan-013 2333084, dan En. Azlan Omar-012 6247243.
Undian akan dibuat pada 21 Februari 2009, jam 3 ptg, bertempat di Pejabat Belia Daerah Kuala Langat.
Penganjuran Festival ini adalah bertujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti kelab belia serta menggalakkan aktiviti bersukan sebagai salah satu program yang sihat cergas serta bebas dari gejala yang tidak bermoral.

Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan, tidak kira di mana anda berada kerana Festival ini adalah yang julung kalinya diadakan di daerah Kuala Langat ini. Yang pastinya Festival ini sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India, tua dan muda.







February 15th, 2009 at 10:38 pm
haa…sama2 la kite menjayakannya….tguu kuar kat metro dalam mggu ni ok???kang daftar la n serbu karnival ini….
chaiyok2…
February 21st, 2009 at 9:14 am
chaiyok…!!chaiyok.!!
February 22nd, 2009 at 6:54 pm
hahahaha…da jd pink skull da???
February 22nd, 2009 at 11:24 pm
pink baru la ceria…huhuhu
byk ke gerai yg menanti pengunjung…
February 23rd, 2009 at 3:36 pm
banyak lah..macam-macam ada..lulu jgn xdtg plak yer..
February 23rd, 2009 at 7:26 pm
insyaAllah mesti dtg nyerr klu xde aral…mayb lulu gerak dari sunway…
February 28th, 2009 at 9:11 am
lagi beberapa jam utk festival terbesar wat korang..so smoga korang berjaya melaksanakan tugas2 yg dh diamanahkan dgn jayanya..:)
“ApE yAng PentiNg!!?…KeRjasAma!!!!”
peAcEeeEE!…pis..pis..kacang pissss….
huhuhuu
March 4th, 2009 at 2:51 pm
akhirnyer…!!
KBU dengan kerjasama BH telah berjaya menyempurnakan festival kali ni..biase la tuh lau ader yang terkurang kan.aper2 pun thnkz pada sumer yg telah menjayakan prog ni.
insyaalh kiter jumper dlm festival yg same tahun depan yer,,,
(”,)
March 4th, 2009 at 2:54 pm
kiter masih ader progrm menarik yang menanti..!!!
tungguuuuuuu…….! huhu
March 4th, 2009 at 5:57 pm
segala bebanan yg ditangung selama ini sudah termetrai juga.. wlpn ade bbrape kkrng biarkan jela da lps pn..hahaha..anyway thank a lot kpd yg menjayakan..tp penat tahap gaban pnye..arrggghhhh…….
March 4th, 2009 at 6:00 pm
lulu nape xnmpk time festival tuh..xpe nex month klu ade progrm lg jgn lupe dtg k…klu bley beli la peta banting sng sket klu sesat nnt “bak kate org utan malu b’tanye sesat jalan” hah kan da sesat pon..jgn mara..
March 5th, 2009 at 4:40 pm
huh! mau x marah! cit! ckp senang r ahseng..yg xlalui xkan faham..hampir 2 jam bro..sesorg, dgn line problem nye..cal xdpt2..sorg umat pn xkenal..so last2 amik keputusan patah blk r dari sesat barat tah ke kg mane aku redah..kucewa skit r xdpt join event korang..
p/s: next event, up map dlm forum k…