Hari ini dalam Sejarah..

Salam semua.. hari ini geng Bunthink Habitz sekali lagi nk kongsi satu masalah besar yg dialami oleh 3 buah Daerah Terbesar Selangor iaitu Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang disebabkan gangguan bekalan air ekoran kejadian paip pecah di tiga paip utama yang membekalkan air ke kawasan berkenaan dari Loji Semenyih. Hampir berpuluh-puluh tahun kejadian sedimikian tidak berlaku di Banting.

Masa membaiki mengambil masa selama 3 ke 5 hari.. Air sangat penting sekali antara untuk memasak, membasuh pingan mangkuk, nk mandi, macam mane nk basuh kereta dgn motor, lagi kesian kalau ada majlis kenduri khawin dan sebagainya lagi.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian, mungkin lepas ni boleh jimat air sebab aku yakin geng-geng lain mesti jimat cermat untuk mengunakan air selepas ini maklum la sebelum ni air banyak,tak fikir pun kejadian ni boleh berlaku..Bagi geng Habitz di daerah lain mungkin tidak mengalimi masalah ini, lain la kalau balik ke Banting.”cume nak nasihatkan tak payah la balik buat masa sekarang”..

Difahamkan Paip utama pecah pun disebabkan kerakusan Pencuri Pasir yang berleluasa. Sikap tamak yang tinggi pencuri pasir ini telah menyusahkan geng bunthinkhabitz untuk menjalini rutin harian. Tapi tidak mengapa pihak Syabas bertungkus lumus untuk menyediakan air tambahan kepada penduduk. Pada warga Banting, jika inginkan air bolehlah ke Sg. Manggis untuk mengambil air yang banyak..

nota jari : beringat-ingatlah sebelum ianya tiada.. :-p