Indahnya Bulan Rejab
BULAN REJAB

Cantiknya bulan malam ni.
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara








July 1st, 2008 at 6:46 pm
ARAP2 KITE DPT DA LA WALAUPON 1 HARI B’PUASA..
INSYAALLAH..
July 31st, 2008 at 7:13 pm
Sebelum Post Fadhail Hadith sila pastikan kedudukan Hadith2 tu.saya dpt maklumat bahawa ada Hadith di atas ini adalah Hadith yg xboleh pakai…Jgn hanya copy paste…:)
August 4th, 2008 at 4:19 pm
terima kasih kerana menegur.. tp bley x bg tau mane kah kesalahan ye..
dan apekah pembetulan nye.. tp sumber yg sy dpt ni ade bg tau yg ni cam asas pengetahuan sj.. sy bkn lah jenis yg suke copy paste je.. sy ade gak sumber2 yg boleh dipercayai..
August 4th, 2008 at 6:06 pm
Saya sbnrnya x pandai dlm ilmu hadith…cuma apa yg kita dpt tu,sila pastikan kebenarannya…anda boleh baca di link ini http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/amalrejab.htm
Kalau nak lebih lagi,google sahaja…